Tuesday, April 27, 2010

KEM BESTARI SOLAT SIRI 2/2010

TARIKH :
19 APRIL 2010 (MURID TAHUN 4)
20 APRIL 2010 (MURID TAHUN 5)
21 APRIL 2010 (MURID TAHUN 1)
28 APRIL 2010 (MURID TAHUN 2)
29 APRIL 2010 (MURID TAHUN 3)
TEMPAT:
SURAU SK BACHANG
PENGANJUR :
J-QAF SK BACHANG

ATURCARA KBS SIRI 2/10
1.35-2.35 MAKAN TENGAHARI,SOLAT ZOHOR BERJEMAAH, TAKLIMAT PROGRAM DAN PEMBAHAGIAN KUMPULAN

2.35-3.35 SLOT 1- WUDHUK: NIAT WUDHUK, ANGGOTA WUDHUK, CARA BERWUDHUK DAN AMALI

3.35-5.00 SLOT 2-SOLAT : NIAT SOLAT FARDHU, BACAAN DALAM SOLAT, CARA BERSOLAT & AMALI
* GERAK KERJA BERTULIS

5.00-5.30 SOLAT ASAR BERJEMAAH & BERSURAI

KEM BESTARI SOLAT SIRI 1/2010

Kem Bestari Solat (KBS) siri 1/2010 telah bermula pada 22 Februari 2010 sehingga 4 Mac 2010. Murid-murid yang terlibat adalah murid-murid dari Tahun 1,2,3, 4 dan 5.

Untuk makluman, KBS adalah aktiviti seumpama perkhemahan yang dilaksanakan untuk memastikan murid boleh menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan.

Objektif KBS:
Selepas melaksanakan KBS , murid dapat berwudhuk dan solat dengan sempurna serta mengetahui perkara-perkara penting dalam solat seperti dapat membezakan perkara-perkara rukun dan sunat.

Senarai nama fasilitator:
Ustaz Abd Hakim, Ustaz Salim Jusoh, Ustaz Mohd Hafiz, Ustaz Mohd Hisham, Ustazah Rawiyah, Ustazah Shahratudar, Ustazah Tengku Norazlin, Ustazah Saadiah, Ustazah Hartini, Ustazah Siti Rahimah, Ustazah Razihaini.

Program KBS siri 2 akan dilaksanakan tidak lama lagi bagi memastikan keberkesanan program melalui penilaian pada setiap siri. Mudah-mudahan, usaha murni ini akan diberkati dan dapat menanamkan dalam jiwa anak-anak rasa taat dan patuh pada perintah Allah S.W.T.


J-QAF

Berikut ialah jadual kelas tasmi' yang dikendalikan oleh guru-guru j-qaf dan agama SKB bagi tahun 2010.
Murid-murid dari Tahun 1 hingga 5 diwajibkan menghadiri Kelas tasmi'. 
Sila klik pautan di bawah untuk rujukan umum.

JADUAL TASMI'





Tuesday, April 20, 2010

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2010

Glitter Text Maker
Glitter Text Maker


Sambutan maulidulrrasul 1431H /2010H peringkat sekolah telah diadakan pada hari Selasa 23 Mac 2010 jam 3.00-5.00 pm di Dataran Minda SKB.
Objektif:
1. Melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, fizikal, mental, rohani dan emosi.
2. Menanamkan rasa cinta dan kasih kepada Nabi Junjungan Mulia, Nabi Muhammad SAW
3. Menanamkan semangat muhibbah di kalangan murid-murid.
4. Mengeratkan tali silaturrahim di kalangan murid-murid dan guru.

Antara aktiviti yang telah dilaksanakan ialah warga SKB berkumpul dan berselawat beramai-ramai. Perarakan dimulakan dari dataran minda,berjalan keluar ke Jalan Tun Perak, menyusur masuk ke Lebuh AMJ dan masuk semula ke perkarangan sekolah.

Selawat diteruskan di bawah pimpinan Ustaz Hakim dan makanan serta minuman diagihkan kepada murid oleh ajk makanan dan guru-guru yang terlibat.Majlis selesai pada pukul 5petang.

Editor merakamkan setinggi penghargaan kepada semua warga sekolah serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.